Ahad, 21 September 2014


Coretan tentang aku....


  salam... pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih untuk semua yang melihat post blog ini.
1stly aku nak cerita pasal diri aku ni. yerlah kan kalau aku tak cerita nanti tidak ada sapa yang kenal aku, 

Nama aku Izzatun Nizam bin Ratimin berasal dari Banting Selangor, boleh panggil aku Ijam. Sebelum tu aku nak jelaskan kenapa nama aku macam perempuan mesti kamu semua tertanya-tanya kan... Pasal nama ni sebenarnye mak aku nak anak perempuan tapi yang keluar anak lelaki. Jadi jangan salahkan aku kenapa nama aku macam perempuan, lagipun sebenarnya ada saja yang guna nama tu untuk nama lelaki jadi apa nak kisah sangat kan. 

Tentang diri aku ni, aku mula meminati seni lukis ni sejak dari kecil lagi. habis semua kertas dan dinding aku conteng-conteng untuk melukis, biasalah anak lelaki kan memang nakal nak buat macam mana kan. selain dari melukis aku juga suka bertukang kayu maklumlah ayah aku ni tukang buat rumah jadi boleh buat semua benda. Hampir seluruh mase aku buat aktiviti di luar rumah bertukang dan membersihkan halaman rumah sbb aku tidak suka benda yang bersepah dan tidak nampak kemas.
Merujuk dengan gambar di atas tu sebenarnya masa tu aku baru sem 2 sebab mase tu aku baru saja berjinak-jinak nak belajar resist batik yerlah budak baru nak belajarlah katakan. |Disebabkan aku sudah mula berulang-alik dari Banting ke Shah Alam. Jadi x kan aku nak resist kat bengkel fakulti kan mase cuti jadi aku bawak balik kerja-kerja aku ni ke kampung. sebenarmnya jarak tempat tinggal aku ni tidaklah jauh sangat hanya mngambil mase 35 minit saja dengan melalui highway KLIA-Shah Alam tapi bergantung pada kesesakan lalu lintas tidak semestinya tepat, kebiasaanyer dalam masa satu jam aku dah sampai Shah Alam. 

Berbalik pada cerita tadi, sbenarnya aku buat anesiatif lain bagaimana aku nak buat kerja-kerja mencanting batik di  rumah. Oleh itu aku bertukanglah sekejap untuk buat pemidang untuk mencanting batik. sebenarnya aku suka bertukang dari kecik jadi benda ni semua senang bagi aku nak selesaikan masalah. Nak bagi tahu canting yang aku buat tu adalah untuk assignment masa aku sem dua lagipun bengkel kat fakulti penuh dengan pelajar tahun akhir sem 6, maklumah mereka pon ad banayak kerja nak buat. Maaflah gambar tu kalu x cantik hehehe... 
itu sajalah buat mase ni nanti aku update lagi. 

HELICONIA


Display masa asesment sem 3 di UiTM Shah Alam. Masa ni tekun datang awal sebab nak set up tempat untuk menggantung langsir dengan kemas. macam mana aku gantung langsir ni biarlah rahsia. Tema produk kain ini adalah heliconia atau motif pokok bunga raja udang.


Cubaan pertama untuk menghasilkan langsir nasib baik puan proceed design yang senang.Salah aku juga pilih yang susah siapa suruh kan.. hahaha.. masa ni aku berada di kampung puas jugalah tangan ni tercucuk jarum sebab nak buat scalep yang warna hitam tu bukan perkara yang mudah asik lari-lari saja.. Untuk menghasilkan anak langsir ni bukanlah lama sangat sebab aku dah biasa jahit langsir tapi memerlukan ketekunan yang cukup dan sabar yang amat tinggi. Langsir ini dihasilkan masa puasa pertama sebab tu kene sabar kalau tidak memang aku dah buka puasa.. hehe..



Kenangan asesment sem lepas yang masih segar dalam ingatan. Masa ini aku baru cuba-cuba buat printing kat fabric. Macam biasalah nak menghasilkan sebuah corak kain ini bukannya mudah lagi-lagi proses untuk menyediakan screen yang perlu di expose dlam bilik gelap. penah buat x jadi rasa macam give up pon ade. jadi buatlah lagi sampai jadi. cetak kain sampai 6 meter sebab untuk dijadikan produk langsir, bantal dan table runner. yang duduk kat kerusi sambil tengok artwork tu ialah lecture aku Puan Juwita. Masa tu dia dah pregnan n biaselah masa tu darah panas lagi kan jadi kenelah sabar klu kene marah ker apa sebab letih. kami faham dan hasilnya aku jadikan langsir raya lepas. Ramai yang macam tidak percaya semua ini aku buat sebab mereka ingat aku beli kat kedai je. sabarjlah hehe...


https://nizambatiklukis.: Produk Textile Batik Lukis

https://nizambatiklukis.: Produk Textile Batik Lukis: Produk Textile Batik Lukis Assalamualaikum.. Salam sejahtera kepada semua yang melawati blog ini. pertama sekali saya Izzatun Nizam B...

Produk Textile Batik Lukis

Produk Tekstil Batik Lukis

Assalamualaikum..


Salam sejahtera kepada semua yang melawati blog ini. pertama sekali saya Izzatun Nizam Bin Ratimin, ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian saudara melawati laman web ini. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk mempromosikan produk tekstil tempatan untuk dijual kepada pelanggan yang meminati tekstil batik untuk digayakan dalam apa jua majlis mahupun musim perayaan. Sehubungan  dengan itu, saya ditugaskan untuk mendekati individu atau organisasi yang menghasilkan produk berasaskan tekstil seperti batik untuk dipromosikan bagi memperkenalkan  industri penghasilan tekstil batik terus kekal sebagai produk kraftangan Malaysia dan menjadi satu budaya dalam memperagakan pakaian bercorak batik di kalangan masyarkat Malaysia khasnya.
    

Batik Lukis 


 


Selain itu, blog ini sebahagian dari tugasan untuk membantu jualan. saya ditugaskan untuk mempromosikan serta memebantu dalam memperkenalkan batik tempatan terutama teknik penghasilan batik lukis yang banyak terdapat di Malaysia terutama di semenanjung. Tugasan ini adalah lanjutan untuk subjek Textile Apprenticeship TXD 569 sem-4 untuk Ijazah Sarjana Muda Senilukis & Senireka Tekstil UiTM Shah Alam. Tugasan ini juga adalah berkaitan dengan teknik penghasilan tekstil sama ada batik,batik blok, print dan sebagainya yang berkaitan dengan penghasilan produk berasaskan kain. 

   Harapan saya adalah untuk menjadikan produk tekstil tempatan terutama batik lukis mendapat tempat dipasaran tempatan dan antarabangsa. Batik lukis Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri ini adalah budaya dan peninggalan nenek moyang terdahulu di mana mereka berbangga dengan produk tekstil ini dan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan melahirkan generasi yang mengenali identiti bangsa terutama generasi muda yang celik ilmu dan kesenian bangsa.

  Disamping itu, saya berharap agar sokongan semua pihak mahupun rakan seperjuangan dan pelanggan yang meminati produk tempatan berasaskan textile ini terus menyokong perjuangan saya dalam memperkenalkan dan membantu mempromosikan produk batik tempatan disamping dapat menjana pendapatan dan meningkatkan prestsai jualan produk kraftangan berasaskan tekstil yang masih lagi belum mendapat tempat dikalangan masyarakat.

Pengusaha Batik

latar Belakang...


Berlatarbelakangkan dari keluarga yang menghasilkan batik secara turun temurun En wan merupakan seorang pesara kerajaan yang kini menjadi pengusaha batik secara individu dan beliau sangat meminati batik lukis tempatan sejak dari kecil. Beliau Pernah berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi  sebelum beliau menamatkan jawatan dan bersara beberapa tahun yang lepas.
saya belum pernah berkesempatan untuk berjumpa dan bersua muka dengan beliau senmasa saya berkhidmat di  Kementerian Pengajian Tinggi di UPU disebabkan berlainan jabatan. Masa itu saya pernah berkhidmat di jabtan pengajian tinggi sebelum melanjutkan pelajaran di UiTM sepenuh masa.

   Minat beliau dalam menghasilkan corak batik dan rekacorak  yang menarik mendorong beliau untuk menceburkan diri dalam bidang ini dengan lebih serius. Usaha yang ditonjolkan olen En Wan dalam mendapatkan pendapatan sendiri dengan menghasilkan kain batik lukis sangat diminati oleh rakan-rakan beliau dan mendorong pekerjaannya. 

    Di samping itu juga, beliau tidak bergantung sepenuhnya pada wang pencen pesara kerajaan untuk meneruskan hidup tetapi beliau terus berusaha untuk mendapatkan pendapatan sendiri dalam menyara keluarga yang masih menjadi tanggungjawab untuknya. Tambahan pula, di waktu lapang, beliau gemar menghabiskan masa dengan menghasilkan reka corak yang terbaru dalam memenuhi permintaan pelangggannya yang meminati corak yang segar dan menarik

   Disebabkan minat yang kuat dalam batik lukis ini, beliau ada menyediakan beberapa ruang bengkel untuk menghasilkan kain batik lukis  untuk beliau mencurahkan segala ilmu yang ada dan minat yang mendalam terhadap produk tekstil ini. 


Gambar di atas ialah En Wan yang sedang tekun melakar reka corak motif di atas kain.



Gambar di atas merupakan proses mencanting batik sebelum mewarnakannya dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan berhati-hati.



Gambar di atas merupakan produk akhir yang dihasilkan sendiri oleh En Wan 











Sekian, terima kasih

Hubungi saya:
En. Nizam
H/P: 0192969825/01129184752