Isnin, 5 Januari 2015

Lampu Sudut

Salam semua kepada yang melawati blog saya minggu ini... hari ini saya nk kongsikan beberapa design rekaan untuk dijual kepada pelanggan yang meminati seni tekstil tempatan terutamanya batik lukis Malaysia.. batik lukis boleh dijadikan pelbagai bentuk rekaan produk terutamanya dalam perabot dan lampu hiasan untuk dijadikan sebgai dekorasi dalaman rumah anda

Seterusnya ingin saya kongsikan beberapa gambar proses batik lukis dijalankan.

Proses mencanting adalah proses paling penting kerana batik adalah elemen utama dalam produk ini.

Lilin digunakan sebagai penebat warna dari bercampur semasa mewarna



proses mewarna perlu dilakukan secara berhati-hati agar warna tidak bercampur




Semasa kain fix sepenuhnya selama 8 jam, rangka reka bentuk lampu boleh disiapkan sepenuhnya sementara menuunggu kain disiliket dan merebus kain untuk menghilangkan lilin yang melekat pada kain








Selepas rangka siap sepenuhnya dan kain pon sudah kering, bermula lah proses seterusnya untuk mengukur kain mengikut ukuran pada krangka yang sudah siap dibentuk





Kaedah seterusnya adalah melekatkan kain pada rangka yang telah siap secara berhati-hati agar gam tidak menitik pada kain.

Selepas itu hiasan dekorasi sudah boleh direka mengiku kesesuaian corak pada rekaan lampu yang dihasilkan.


Setelah dekorasi hiasan sudah siap
proses menampal bolah dilakukan mengikut ruang dan tempat yang telah ditetapkan


Akhhir sekali bolehlah dipasang wayar untuk meletakan lampu untuk menerangi dan menampakan lagi rekaan kain batik yang dihasilkan


Inilah dia lampu sudut yang telah siap dan sedia untuk dipasarkan kepada pelanggan saya.



Lampu ini sesuai diletakan disudut tepi rak tv ruang tamu selain boleh juga diletakan di kiri kanan katil sebagai lampu tidur.



pemilihan warna yang sesuai dan sejuk amat penting dalam mempengaruhi mood pengguna terutamnya ketika dalam keadaan yang gelap.


Untuk pengluaran seterusnya kayu akan di syelek dahuli bagi nampak kekemasan dan cantik sebelum proses menampal kain dijalankan.




Itu sahaja buat masa ini. tunggu produk seterusnya daripada saya di sini..
bagi yang berminat untuk menempah maaf buat masa ini saya masih kekurangan bahan jika sekiranya sudah ada saya akan maklumkan kepada anda semua.

SEKIAN TERIMA KASIH...