Isnin, 5 Januari 2015

Lampu Sudut

Salam semua kepada yang melawati blog saya minggu ini... hari ini saya nk kongsikan beberapa design rekaan untuk dijual kepada pelanggan yang meminati seni tekstil tempatan terutamanya batik lukis Malaysia.. batik lukis boleh dijadikan pelbagai bentuk rekaan produk terutamanya dalam perabot dan lampu hiasan untuk dijadikan sebgai dekorasi dalaman rumah anda

Seterusnya ingin saya kongsikan beberapa gambar proses batik lukis dijalankan.

Proses mencanting adalah proses paling penting kerana batik adalah elemen utama dalam produk ini.

Lilin digunakan sebagai penebat warna dari bercampur semasa mewarna



proses mewarna perlu dilakukan secara berhati-hati agar warna tidak bercampur




Semasa kain fix sepenuhnya selama 8 jam, rangka reka bentuk lampu boleh disiapkan sepenuhnya sementara menuunggu kain disiliket dan merebus kain untuk menghilangkan lilin yang melekat pada kain








Selepas rangka siap sepenuhnya dan kain pon sudah kering, bermula lah proses seterusnya untuk mengukur kain mengikut ukuran pada krangka yang sudah siap dibentuk





Kaedah seterusnya adalah melekatkan kain pada rangka yang telah siap secara berhati-hati agar gam tidak menitik pada kain.

Selepas itu hiasan dekorasi sudah boleh direka mengiku kesesuaian corak pada rekaan lampu yang dihasilkan.


Setelah dekorasi hiasan sudah siap
proses menampal bolah dilakukan mengikut ruang dan tempat yang telah ditetapkan


Akhhir sekali bolehlah dipasang wayar untuk meletakan lampu untuk menerangi dan menampakan lagi rekaan kain batik yang dihasilkan


Inilah dia lampu sudut yang telah siap dan sedia untuk dipasarkan kepada pelanggan saya.



Lampu ini sesuai diletakan disudut tepi rak tv ruang tamu selain boleh juga diletakan di kiri kanan katil sebagai lampu tidur.



pemilihan warna yang sesuai dan sejuk amat penting dalam mempengaruhi mood pengguna terutamnya ketika dalam keadaan yang gelap.


Untuk pengluaran seterusnya kayu akan di syelek dahuli bagi nampak kekemasan dan cantik sebelum proses menampal kain dijalankan.




Itu sahaja buat masa ini. tunggu produk seterusnya daripada saya di sini..
bagi yang berminat untuk menempah maaf buat masa ini saya masih kekurangan bahan jika sekiranya sudah ada saya akan maklumkan kepada anda semua.

SEKIAN TERIMA KASIH...



Isnin, 22 Disember 2014

Salam sejahtera semua..

Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit penghasilan clutch bag batik saya. Clutch bag batik ini merupakan produk final saya dalam kajian untuk subjek ini pada sem ini.

Proses mencanting

proses ini merupakan  langkah terpenting kerana batik adalah elemen utama dalam menetukan gaya tema yg akan digarapkan dalam clucth bag batik saya pada kali ini.



Penetuan komposisi perletakan reka corak harus dititikberatkan dalam menentukan reka corak dapat dilihat pada tempat yang diinginkan di atas perkukaan kain yang diinginkan. ini kerana perletakan reka rorak batik yang sesuai mampu menarik minat pelanggan untuk membeli dan produk ini boleh dipasarkan dengan baik. 

Clutch Bag bertemakan gaya santai ditambah dengan reka corak yang diilhamkan daripada terumbu karang yang diolah menjadi corak abstrak mampu menjandikan lagi bertambah eksklusif dan menarik minat generasi muda untuk memilikinya dan dibawa kemana sahaja.

Bagi menampakan kelainan dalam rekaan bag batik saya, saya menggunakan elemen kain yang berlainan bagi menampakan bag bati yang saya hasilkan ini mampu bertahan lasak dan bermutu tinggi.

Denim merupakan fabrik yang bersifat keras dah tahan lasak dan generasi muda suka memakai pakain daripada fabrik ini. Oleh itu saya mahu enerapkan elemen denim dalam bag saya kali ini.


Denim yang digunakan daripada jaket terpakai memiliki nilai dari segi kualiti jahitan dan estetika permukaan denim yang tersendiri mampu menambahkan seri pada bag batik saya.
Denim daripada baju terpakai ini memiliki poket yang banyak dan pemilihan permukaan yang tepat akan dapat memilih poket yang akan menjadi keunikan dalam clutc bag batik saya pada kali ini....

Spun nipis digunakan sebagai alat tahan getaran untuk bag batik saya. Ini kerana, Bag batik ini boleh menyimpan barangan seperti gadjet Ipad smartphone dan sebagainya seperti yang terdapat dalam gambara dibawah ini.



Bag batik akan di sesuaikan dengan leather daripada kulit kambing atau lembu juga boleh disesuakan dengan imitation leather bagi menampakan keaslian produk saya. 


Ini merupakan gambaran siap setelah dilipat menjadi satu bag yang bersaiz normal dan sesuai dibawa kemana sahaja.

Reka corak yang bertepatan mampu menarik minat generasi muda untuk menggunakannya dan corak yang sesuai dan tidak terlalu sarat dengan rekaan menambahkan lagi seri pada Clutch Bag Batik saya.

Untuk proses yang seterusnya saya akan masukan dalam masa tedekat.....

Sekian dahulu Dari saya...


SAMBUNGAN...

Selepas dijahit batik pada denim.. tibalah masanya untuk melakukan proses terakhir dalam tatarias clutch bag batik saya.

Mletakan leather pada clutch bag..

Bagi yang tidak tahu bagaimana nak mengawal leather yang lembut daripada lari untuk dijahit. saya mendapat satu petua dimana kita bleh menggunakan double tape untuk melekatkan terlebih dahulu leather pada fabrik.


Selepas itu leahter boleh dilekatkan pada tempt yang hendak dijahit.


Jahit leather dengan berhati -hati dan perlahan agar mendapat jahitan yang kemas dan cantik



Inilah hasilnya setelah siap menjahit leather pada clutch bag batik saya.


Inilah dia clutch bag batik yang saya reka sendiri dan bag batik ini boleh diisi dengan pelbagai barang seperti gadget I pad smart phohe dan Tablet selain fail kecil dan buku nota.

Sekian itu sahaja buat masa ini trima kasih








 

Isnin, 17 November 2014


CLUTCH BAG BATIK

Salam sejahtera rakan-rakan blog mahupun sesiapa yang sudi melawati blog ini......

Terima kasih saya ucapkan kerana terus mempercayai produk batik tempatan. Seperti yang kita tahu batik lazimnya dijadikan produk pakaian untuk majlis-majlis tertentu. Namun pada zaman era moden ini batik telah dimodenkan untuk dipadankan oleh penggemar batik untuk majlis2 rasmi bagi menampakan lebih elegan dan eksklusif selain wanita, pada masa kini produk keluaran berasaskan batik juga diminati oleh kaum lelaki bagi yang inginkan kelainan dalam produk keluaran untuk lelaki.

Oleh yang demikian, pihak kami ingin memperluaskan lagi produk keluaran batik bagi memperkenalkan produk batik keluaran kami di Master Wan Batik untuk memenuhi kepuasan pelanggan kami. justeru itu kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk memberi respon yang positif dalam usaha kami untuk merialisasikan produk kami agar terus mendapat tempat dikalangan pengguna terutamanya generasi muda yang kini semakin berani untuk kelihatan lain dari yang lain.

Berikut adalah contoh-contoh produk batik yang sedang saya usahakan bersama syarikat Master Wan Batik untuk produk kluaran kami akan datang.

Ini adalah contoh produk yang akan kami usahakan

Secara lazimnya produk batik sesuai diperagakan oleh kaum wanita di mana corak-coark floral yang indah sering dikaitkan dengan sifat feminin kaum hawa.

 Namun tidak lupa pada kaum adam yang inginkan kelainan dalam bergaya formal mahupun tidak formal, produk berasaskan batik juga sesuai untuk lelaki yang inginkan gaya moden tardisional di mana reka corak batik di olah dengan lebih menarik dan moden melalui design reka bentuk clutch bag yang terkini mengikut trend semasa.
Ini pula adalah trend bagi lelaki yang ingin kelihatan formal di pejabat dan batik juga boleh diolah di bebrapa bahagian mengikut kesesuaian pengguna dan tempat mengikut trend semasa. Kebiasaannyer produk lelaki lebih ringkas dan mudah namun tidak salah sekiranya elemen batik diserap masuk dalam trend semasa asalkan tidak terlalu sarat dengan reka corak yang banyak.



 Seperti yang kita sedia maklum dan perhatikan, produk clutch bag kebiasaanya dihasilkan daripada material kulit yang bermutu tinggi. Namun produk clutch bag keluaran kami akan meletakan elemen moden dan tradisi bagi memberi nafas baru terhadap produk tersebut. Campuran material yang sesuai dan menarik mampu memberi kelainan dalam reka bentuk clutch yang akan dihasilkan.

Selain untuk kelihatan eksklusif, clutch bag batik juga boleh diolah mengikut kesuaian tempat dan untuk di bawa semasa beriadah mahupun berjalan-jalan bersama rakan bagi memudahkan pengguna terutama remaja menyimpan gadget dan  dokumen2 penting untuk dibawa kemana sahaja. Selain mampu mewujudkan suasana santai dan rileks kepada pengguna. 

Warna yang sedikit dengan rekaan corak yang sesuai mampu menjadi pilihan jejaka untuk lebih kelihatan maskulin dan gentelmen  dan berketerampilan menarik di khalayak umum.


Akhir sekali..

Memandangkan produk clutch bag batik yang akan kami usahakan ini masih dalam percubaan untuk peringkat pemasaran, kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk menyokong sepenuhnya usaha yang jalankan untuk kepuasan pelanggan setia kami. Oleh yang demikian respon pengguna kami dan audience di luar sana memberi respon  dan sokongan serta komen2 yng membantu agar kami mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.


Sila tinggalkan respon anda di ruangan komen sekiranya ada penambah-baikan untuk kami perbetulkan dan menambahkan mutu jualan kami agar lebih berkesan dan kompetetif semestinya untuk pelanggan setia kami.



Rekaan Clutch Bag.

Rekaan ini merupakan inspirasi saya dalam mengolah clucth yang sedia ada untuk diubahsuai menjadi satu produk keluaran yang terbaru berasaskan batik. Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita terutama remaja yang inginkan kelainan dalam berfesyen.

 Corak abstrak di bahagian hadapan merupakan aspek terpenting dalam komposisi utama dalam clucth ini. Reka corak diolah mengikut kesesuaian reka bentuk dan motif yang akan dihasilkan mengikut reka letak yang telah ditetapkan. reka corak batik dihasilkan menggunakan fabrik cotton poplin dan digabungkan dengan fabrik denim dibahagian dalam clutch. 


Gabungan material leather bersama fabrik denim dan cotton menampakan kelainan produk ini. Kebiasaannya clutch bag dihasilkan menggunakan 100% material leather dan kali ini kami ingin menampakkan kelainan melalui gabungan fabrik yang berlainan.

Material Asal Batik
Spun cotton, dan pelbagai material cotton sesuai untuk digabungkan bersama denim ini kerana permukaan yang tidak licin memudahkan untuk dijahit dan mudah untuk dipadankan diatas fabrik denim. Selain itu, fabrik silk juga sesuai disebabkan kadar penyerapan warna yang sangat konsisten dan akan menambahkan seri pada corak motif yang di kehendaki.

Fabrik batik yang berkualiti dan sesuai amat penting dalam menggabungkan material agar lebih nampak konsisten dan menarik.





Denim digabungkan di bahagian dalam produk clutch bag dan zip yang sesuai amat penting dalam menjaga kualiti dan ketahan produk yang digunakan.



Material leather yang digabungkan pada sebelah kanan clutch bag 

Permukaan material kulit menampakan identiti yang tersendiri disamping memberi kelainan kepada si pemakai.


Jahitan yang kemas dapat menambahkan kualiti mutu jahitan serta dipandang cantik ini disebabkan pelanggan akan memilih produk yang kemas dan cantik. benang yang berkualiti 


Gabungan pelbagai material untuk mnampakan produk yang baru dan berbeza dari yang sedia ada dipasaran. Berbeza daripada produk sedia ada dari segi material yang digunakan.

Tunggulah produk terbaru daripada kami di Master Wan Batik dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Sekian, Terima Kasih.

Untuk maklumat lanjut dan keterangan mengenai produk terbaru dari saya sila tingglkn komen anda diruangan komen. Maklum balas dari anda amat kami hargai.