Salam sejahtera semua..
Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit penghasilan clutch bag batik saya. Clutch bag batik ini merupakan produk final saya dalam kajian untuk subjek ini pada sem ini.
Proses mencanting
proses ini merupakan langkah terpenting kerana batik adalah elemen utama dalam menetukan gaya tema yg akan digarapkan dalam clucth bag batik saya pada kali ini.
Penetuan komposisi perletakan reka corak harus dititikberatkan dalam menentukan reka corak dapat dilihat pada tempat yang diinginkan di atas perkukaan kain yang diinginkan. ini kerana perletakan reka rorak batik yang sesuai mampu menarik minat pelanggan untuk membeli dan produk ini boleh dipasarkan dengan baik.
Clutch Bag bertemakan gaya santai ditambah dengan reka corak yang diilhamkan daripada terumbu karang yang diolah menjadi corak abstrak mampu menjandikan lagi bertambah eksklusif dan menarik minat generasi muda untuk memilikinya dan dibawa kemana sahaja.
Bagi menampakan kelainan dalam rekaan bag batik saya, saya menggunakan elemen kain yang berlainan bagi menampakan bag bati yang saya hasilkan ini mampu bertahan lasak dan bermutu tinggi.
Denim merupakan fabrik yang bersifat keras dah tahan lasak dan generasi muda suka memakai pakain daripada fabrik ini. Oleh itu saya mahu enerapkan elemen denim dalam bag saya kali ini.
Denim yang digunakan daripada jaket terpakai memiliki nilai dari segi kualiti jahitan dan estetika permukaan denim yang tersendiri mampu menambahkan seri pada bag batik saya.
Denim daripada baju terpakai ini memiliki poket yang banyak dan pemilihan permukaan yang tepat akan dapat memilih poket yang akan menjadi keunikan dalam clutc bag batik saya pada kali ini....
Spun nipis digunakan sebagai alat tahan getaran untuk bag batik saya. Ini kerana, Bag batik ini boleh menyimpan barangan seperti gadjet Ipad smartphone dan sebagainya seperti yang terdapat dalam gambara dibawah ini.
Bag batik akan di sesuaikan dengan leather daripada kulit kambing atau lembu juga boleh disesuakan dengan imitation leather bagi menampakan keaslian produk saya.
Ini merupakan gambaran siap setelah dilipat menjadi satu bag yang bersaiz normal dan sesuai dibawa kemana sahaja.
Reka corak yang bertepatan mampu menarik minat generasi muda untuk menggunakannya dan corak yang sesuai dan tidak terlalu sarat dengan rekaan menambahkan lagi seri pada Clutch Bag Batik saya.
Untuk proses yang seterusnya saya akan masukan dalam masa tedekat.....
Sekian dahulu Dari saya...
SAMBUNGAN...
Selepas dijahit batik pada denim.. tibalah masanya untuk melakukan proses terakhir dalam tatarias clutch bag batik saya.
Mletakan leather pada clutch bag..
Bagi yang tidak tahu bagaimana nak mengawal leather yang lembut daripada lari untuk dijahit. saya mendapat satu petua dimana kita bleh menggunakan double tape untuk melekatkan terlebih dahulu leather pada fabrik.
Selepas itu leahter boleh dilekatkan pada tempt yang hendak dijahit.
Jahit leather dengan berhati -hati dan perlahan agar mendapat jahitan yang kemas dan cantik
Inilah hasilnya setelah siap menjahit leather pada clutch bag batik saya.
Inilah dia clutch bag batik yang saya reka sendiri dan bag batik ini boleh diisi dengan pelbagai barang seperti gadget I pad smart phohe dan Tablet selain fail kecil dan buku nota.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan