CLUTCH BAG BATIK
Salam sejahtera rakan-rakan blog mahupun sesiapa yang sudi melawati blog ini......
Terima kasih saya ucapkan kerana terus mempercayai produk batik tempatan. Seperti yang kita tahu batik lazimnya dijadikan produk pakaian untuk majlis-majlis tertentu. Namun pada zaman era moden ini batik telah dimodenkan untuk dipadankan oleh penggemar batik untuk majlis2 rasmi bagi menampakan lebih elegan dan eksklusif selain wanita, pada masa kini produk keluaran berasaskan batik juga diminati oleh kaum lelaki bagi yang inginkan kelainan dalam produk keluaran untuk lelaki.
Oleh yang demikian, pihak kami ingin memperluaskan lagi produk keluaran batik bagi memperkenalkan produk batik keluaran kami di Master Wan Batik untuk memenuhi kepuasan pelanggan kami. justeru itu kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk memberi respon yang positif dalam usaha kami untuk merialisasikan produk kami agar terus mendapat tempat dikalangan pengguna terutamanya generasi muda yang kini semakin berani untuk kelihatan lain dari yang lain.
Berikut adalah contoh-contoh produk batik yang sedang saya usahakan bersama syarikat Master Wan Batik untuk produk kluaran kami akan datang.
Akhir sekali..
Memandangkan produk clutch bag batik yang akan kami usahakan ini masih dalam percubaan untuk peringkat pemasaran, kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk menyokong sepenuhnya usaha yang jalankan untuk kepuasan pelanggan setia kami. Oleh yang demikian respon pengguna kami dan audience di luar sana memberi respon dan sokongan serta komen2 yng membantu agar kami mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Sila tinggalkan respon anda di ruangan komen sekiranya ada penambah-baikan untuk kami perbetulkan dan menambahkan mutu jualan kami agar lebih berkesan dan kompetetif semestinya untuk pelanggan setia kami.
Ini adalah contoh produk yang akan kami usahakan
Secara lazimnya produk batik sesuai diperagakan oleh kaum wanita di mana corak-coark floral yang indah sering dikaitkan dengan sifat feminin kaum hawa.
Namun tidak lupa pada kaum adam yang inginkan kelainan dalam bergaya formal mahupun tidak formal, produk berasaskan batik juga sesuai untuk lelaki yang inginkan gaya moden tardisional di mana reka corak batik di olah dengan lebih menarik dan moden melalui design reka bentuk clutch bag yang terkini mengikut trend semasa.
Ini pula adalah trend bagi lelaki yang ingin kelihatan formal di pejabat dan batik juga boleh diolah di bebrapa bahagian mengikut kesesuaian pengguna dan tempat mengikut trend semasa. Kebiasaannyer produk lelaki lebih ringkas dan mudah namun tidak salah sekiranya elemen batik diserap masuk dalam trend semasa asalkan tidak terlalu sarat dengan reka corak yang banyak.
Seperti yang kita sedia maklum dan perhatikan, produk clutch bag kebiasaanya dihasilkan daripada material kulit yang bermutu tinggi. Namun produk clutch bag keluaran kami akan meletakan elemen moden dan tradisi bagi memberi nafas baru terhadap produk tersebut. Campuran material yang sesuai dan menarik mampu memberi kelainan dalam reka bentuk clutch yang akan dihasilkan.
Selain untuk kelihatan eksklusif, clutch bag batik juga boleh diolah mengikut kesuaian tempat dan untuk di bawa semasa beriadah mahupun berjalan-jalan bersama rakan bagi memudahkan pengguna terutama remaja menyimpan gadget dan dokumen2 penting untuk dibawa kemana sahaja. Selain mampu mewujudkan suasana santai dan rileks kepada pengguna.
Warna yang sedikit dengan rekaan corak yang sesuai mampu menjadi pilihan jejaka untuk lebih kelihatan maskulin dan gentelmen dan berketerampilan menarik di khalayak umum.
Akhir sekali..
Memandangkan produk clutch bag batik yang akan kami usahakan ini masih dalam percubaan untuk peringkat pemasaran, kami mengalu-alukan pelanggan kami untuk menyokong sepenuhnya usaha yang jalankan untuk kepuasan pelanggan setia kami. Oleh yang demikian respon pengguna kami dan audience di luar sana memberi respon dan sokongan serta komen2 yng membantu agar kami mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Sila tinggalkan respon anda di ruangan komen sekiranya ada penambah-baikan untuk kami perbetulkan dan menambahkan mutu jualan kami agar lebih berkesan dan kompetetif semestinya untuk pelanggan setia kami.
Rekaan Clutch Bag.
Rekaan ini merupakan inspirasi saya dalam mengolah clucth yang sedia ada untuk diubahsuai menjadi satu produk keluaran yang terbaru berasaskan batik. Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita terutama remaja yang inginkan kelainan dalam berfesyen.
Corak abstrak di bahagian hadapan merupakan aspek terpenting dalam komposisi utama dalam clucth ini. Reka corak diolah mengikut kesesuaian reka bentuk dan motif yang akan dihasilkan mengikut reka letak yang telah ditetapkan. reka corak batik dihasilkan menggunakan fabrik cotton poplin dan digabungkan dengan fabrik denim dibahagian dalam clutch.
Gabungan material leather bersama fabrik denim dan cotton menampakan kelainan produk ini. Kebiasaannya clutch bag dihasilkan menggunakan 100% material leather dan kali ini kami ingin menampakkan kelainan melalui gabungan fabrik yang berlainan.
Material Asal Batik
Spun cotton, dan pelbagai material cotton sesuai untuk digabungkan bersama denim ini kerana permukaan yang tidak licin memudahkan untuk dijahit dan mudah untuk dipadankan diatas fabrik denim. Selain itu, fabrik silk juga sesuai disebabkan kadar penyerapan warna yang sangat konsisten dan akan menambahkan seri pada corak motif yang di kehendaki.
Fabrik batik yang berkualiti dan sesuai amat penting dalam menggabungkan material agar lebih nampak konsisten dan menarik.
Denim digabungkan di bahagian dalam produk clutch bag dan zip yang sesuai amat penting dalam menjaga kualiti dan ketahan produk yang digunakan.
Material leather yang digabungkan pada sebelah kanan clutch bag
Permukaan material kulit menampakan identiti yang tersendiri disamping memberi kelainan kepada si pemakai.
Jahitan yang kemas dapat menambahkan kualiti mutu jahitan serta dipandang cantik ini disebabkan pelanggan akan memilih produk yang kemas dan cantik. benang yang berkualiti
Tunggulah produk terbaru daripada kami di Master Wan Batik dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.
Sekian, Terima Kasih.
Untuk maklumat lanjut dan keterangan mengenai produk terbaru dari saya sila tingglkn komen anda diruangan komen. Maklum balas dari anda amat kami hargai.