Batik berasal dari kata jawa iaitu amba yang bermakna menulis dan menitik yang membawa makna membuat titik. Batik meruju kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya adalah batik tilis, batik skrin, batik celup dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun dahulu berkemungkinan berasal dari mesir kuno atau sumeria. Ia terdapat di beberapa buah negara di Afrika,Barat seperti di Cameroon Mali dan Nigeria atau diasia seperti Bangladesh, India indonesia dan Iran, Malaysia Sri Langka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam melayu dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.....
Batik Indonesia
Baju batik Indonesia
Pada awalnya baju batik kerap dikenalkan pada acara rasmi untuk menggantikan baju jas. Tetapi dalamperkembangan pada masa kini baju batik juga dipakai sebagai pakaian rasmi siswa dan pegawai negeri yang menggunakan seragam batik pada hari jumaat. Perkembangan selanjutnya batik mulai bergeser menjadi pakaian seharian terutama oleh kam wanita. Pegawai swasta biasenya memakai batik pada hari khamis atau jumaat.
Baju batik di Malaysia
Mulai 17 Januari 2008. Semua kakitangan awam lelaki di malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari sabtu
sahaja ini kemudianya diubah kepada i haribulan dan 15 haribulan namun orang ramai mudah lupa dan telah menyebabkan budaya ini kembali diamalkan pada sistem lama berdasarkan hari
sedikit perkongsian mengenai batik luar negara. Batik Indonesia masih lagi mengamalkn dan menitikberatkan motif tradisional merekadalam menghasilkan produk batik di sana.
Batik adalah kerajinan yang memiliki nilai seni yang tinggi dan telah menjadi sebahagian budaya Indonesia Khususnya bagi masyarakat jawa sejak sekian lama. wanita-wanita jawa pada masa lampau menjadikan keterampilan mereka dalam membatik sebagai mata pencarian sehingga pada masa lalu pekerjaan eksklusif wanita iaitu batik cap yang telah menarik lelaki memasuki bidang ini. ada beberapa pengcualian bagi fenmen ini iaitu batik persisir yang memiliki garis maskulin seperti yang boleh dilihat pada crak mega mendung dimana terdapat daerah pesisir yang menghasilkan batik adalah lazim bagi kaum lelaki.
Tradisi membatik pada mulanya merupakan tradisi turun-temurun sehinggan suau motif dapat dikenali berasal dari batik keluarga tertentu. beberapa motif dapat menunjukan status seseorang bahkan sehingga ke saat ini beberapa motif batik tadisional hanya dipakai oleh kluarga keraton Yogyakarta dan Surakarta.
Corak batik
ragam corak dipengaruhi oleh pengaruh asing. Awalnya, baik memiliki ragam corak dan warna yang terbtas dan berapa corak hanay boleh dipakai oleh kalangan tertentu sahaja. Bangsa penjajah Eropah juga mengambil minat kepada batik dan hasilnya adalah corak bunga yang sebelumnya tidak dikenali sebagai bnga tulip dan juga benda-benda yang dibawa oleh penjajah termasuk juga warna kesukaan mereka seperti warna biru. Batik tradisional tetap menerpkan coraknya dan masih dipakai dalam upacara adat kerana biasanya masing-masing corak mempunyai perlambangan tersendiri.
Mega mendung
Cara pembuatan
Dewasa kini batik juga dbuat d atas bahan lain seperti sutera poliester, rayon dan bahan sintetik lain. Motif bati k ditentukan denan cairan lilin dengan menggunakan alat yang dinamakan caning untu motif halus atau kuas untuk motifberukuran besar sehingga cairan lilin meresap kedlam serat kain yang telah dilukis dengan lilin keudian dicelup dengan wrna yang diinginkan. biasanya dimulai daro warna muda. Pencelupan kemudian dilakukan untuk motif lain dengan warna lebih ua atau gelap. setelah beberapa kali proses pewarnaan kain yang telah dibatik akan dicelup kedalam bahan kimia untuk melarutkan lilin
Menurut teknik
Batik Tulis
merupakan kain yang dihias dengan teksture dan corak batik menggunakan tangan. Pembuatan batik jenis ini memakan masa lebih kurang 2-3 bulan.
Batik Cap
Batik cap merupakan kain yang dihias dengan teksture dan corak batik yang dibentuk dengan cap biasanya dibuat daripada tembaga. Proses menghasilkan batik ini memerlukan waktu lebih kurng 2-3hari.
Batik Lukis
merupakan proses menghasilkan kain secara terus dengan tangan dan proses pembuatan batik dengan cara langsung melukis pada kain putih.
Contoh batik tulis
Kesimpulan
Sebagai kesimpulanya. batik jawa adalah merupakan sebuah warisan kesenian budaya orang Indonesia khususnya daerah Jawa yang dikuasai orang Jawa dari turun -temurun. Batik jawa mempunyai motif-moif yang mempunyai makan tertentu. Ini bermakna tidak hanay pada sebuah gambar sahaja bahkan ia juga mengandungi makna yang merekadapat dari leluhur mereka seperti penganut animisme, diamisme atau Hindu dan Buddha. Batik jawa banyak berkembang dari daerah solo atau lebh mudah dan biasa disebut sebagai batik solo.
BATIK MALAYSIA
Sejarah
Batik merupakan satu bidang krafangan yangunggul di Malaysia. sejak abad ke -15 masihi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecp tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara ini khususnya di negeri kelantan sejak ahun 1910 lagi. seperti yang kita sedia maklum batik merupakan budaya dari ndonesia yang dibawa dan erbiat dari perkataan jawa iaitu 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis. Ambatk
pula bermaksud mlukis menulis atau mewarnakan. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil batik prelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batikbnyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif
Motif adalah corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik yang dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu motif organik dan motif geomerik. Motif organik berunsurkan alam semula jadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan.
Rupa Bentuk Kain Batik Sarung
Penjenisan Kain Batik
Batik blog
Merupakan kain putih akan diterapkan dengan cora k batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehnggalah selesai di mana blok itu telah dicelup denga lilin terlebih dahulu sebelum ditekap di atasa kain tersebut.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan ilin panas dia atas kain putih. setelah kerja-kerja melakar selesai. proses mewarna mengikut keseuaian corak dilakukn dengan menggunakan berus cat yakni bahagian yang terkena llin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna dilakukan seterusnya lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian berwaarna putih sebagai benteng.
Identiti Master Wan Batik
Semua diatas merupakan kaedah yang sering digunakan untuk menghasilkan batik di malaysia. Master Wan Batik juga telah banyak menjalankan pelbagai alernatif atau kaedah yang sama dalam menghasilkan batik yang bermutu. Di samping itu, setiap corak akan diukur mengiku bentuk badan dan kesesuaian pelanggan unuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan kelainan. pada masa kini.. Motif absatrak lebih mendapat tempat dikalangan pelanggan kami. berbanding motif flora, motif abstrak yang direka di kedai Master Wan Batik.selain reka corak abstrak terdapat juga reka corak geometrik yang sering mendapat tempat dan menjadi salah sathu kegemaran pembeli di kedai kami.
Seperti yang kita sedia maklum batik malaysia mempunyai kelainan tersendiri berbeza dengan bati-batik yang terdapat di seluruh dunia. kelainan yang diterapkan dalam penghasilan batik. corak motif flora dan fauna jika dilihat pada masa kini sudah kurang mendapat tempat dikalangan pengguna terutama generasi muda. Batik lukis malaysia yang ada disediakan di sini amat teliti dalam mengutamakan ketelitian dan ketepatan ukuran yang dihasilkan mengikut kesesuaian pelanggan. oleh yang demikian kami di Master Wan Batik mengorak langkah dalam mempelbagaikan reka corak yang terbaru. Kami tampil dengan pelbagai jenis reka corak baru yang lebih segar dan menarik.
Keistimewaan
- Berkemampuan mengeluarkan batik dengan jumlah yang banyakdalam masa yang singkat.
- menawarkan harga kilang.
- pelukis batik adalah berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi serta mempunyai kelayakan akademik dari IPT
- Corak yang dihasilkan menepati kejendak pasaran.
- Mebekalkan barangan batik dengan pelbagai material dan peringkat harga.
- Mutu jahitan yang memnuhi piawaian pasaran tempatandan antarabangsa.
- Membekalkan batik tulen menggunakan lilin sebagai resist bukanya tekstil sebagaimana terdapat dipasaran
- menghasilkan batik unggul kerana tidak ada dua penghasilan batik yang serupa dalam setiap pengeluaran.
- Menghasilkan reka corak universal merentas etnik dan region berasaskan motif Sarawak, kerawang,islamic/Timur Tengah, Mexican, Asia Timur, Indian African dan Amerika Latin
Selain rekacorak untuk menghasikan baju kemeja dan baju kurung. Corak batik itu juga dapat dijadikan sbagai produk kraf tangan untuk para pelanggan yang meminati design dan reka bentuk produk yang kami sediakan.. antara produk yang dihasilkan adalah wall panel bermotifkan corak abstrak n motif flora khusus untuk pelanggan yang meminati batik wall painting.
selain dari itu, pihak kami sentiasa mengalu-alukan pelanggan yang datang untunk membawa design mereka sendiri bagi memenuhi kehendak pelanggan kami akan bersedia menerima tempahan pada bila-bila masa dan menerima design yang dihasilkan sendiri oleh pelanggan.
sila layari laman web masterwan batik http://www.masterwanbatik.com/ untuk tempahan dan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terkini dan telus pelanggan.
Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan