BATIK KAJANG
Batik kajang merupakan inspirasi saya dan En Wan dalam memperkenalkan batik di Selangor yang terletak di Kajang. Saya baru sahaja bertemu dengan pengusaha batik, En Wan yang mengusahakan batik lukis dan blok sejak tahun 2008 di Kajang. Bermula dengan nama kedai Master Wan Batik kami mengorak langkah baru untuk memperkenalkan produk batik yang mempunyai identiti tersendiri di selangor. Sebelum ini kita sering mendengar batik sinonim terkenal di pantai timur dan melaka namun dengan adanya penjenamaan baru yang sedang diusahakan ini diharap pelanggan mampu mengenali dan memilih untuk tidak pergi jauh untuk mnempah batik dan anda kini mampu untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan setanding dengan produk antarabangsa dari pengusaha yang berpengalaman serta berasal dari pantai timur.
Beliau mempunyai pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran dalam menghasilkan produk terbaru dan reka bentuk terkini untuk memuaskan dan memenuhi kehendak pelanggan yang sering meminta reka corak yang baru untuk diperagakan dalam apa-apa jua jenis majlis dan perayaan.
En. Wan
Semalam saya baru sahaja melihat tapak projek perusahaan batik bagi meneliti apa sahaja produk baru yang bakal dihasilkan dan sedang diusahakan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Semasa lawatan, saya berjumpa dengan En Fendi yang merupakan pekerja mahir batik, memberitahu sebahagian daripada pelanggan mereka sudah tidak mahu lagi motif yang yang berasaskan flora tumbuh-tumbuhan untuk diterapkan dalam reka corak yang ditempah namun En Fendi menjelaskan motif abstarak dan geometrik lebih diminati pelanggan berdasarkan trend terkini dan nafas baru yang lebih menarik dan berinovasi dalam motif batik untuk masa kini.
Tambahnya lagi permintaan pelanggan adakalanya mereka datang dengan motif dan reka corak mereka sendiri. tugas En Fendi adalah untuk menentukan kedudukan reka corak mengikut ukuran badan seseorang pelanggan untuk memastikan corak yang diminta dapat dihasilkan dengan tepat. Menurutnya lagi sebarang kesilapan akan memakan masa yang agak lama dan sudah tentu akan mengganggu jadual yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian semasa penghasilan produk tempahan dari pelanggan kebiasaannya waktu menghasilkan produk tempahan tidak akan sama dengan penghasilan untuk produk atau koleksi sendiri ini bagi memastikan kualiti dan kuantiti yang telah diminta oleh pelanggan tidak terjejas dan seterusnya dapat menjaga kualiti yang telah ditetapkan.
Penggayaan batik tidak lagi hanya terhad untuk tujuan formal. Warisan seni tekstil ini semakin diperluaskan penggayaannya seiring dengan peredaran semasa.
“Rekaan dan corak batik sentiasa berubah mengikut peredaran semasa dan juga permintaan orang ramai. Melalui rekaan terkini dan moden, pasaran batik kian meningkat apabila wanita lebih cenderung memilih batik untuk fesyen kurung, kebaya, kurung moden dan terkini, gaun labuh atau jubah.
“Rekaan dan corak batik sentiasa berubah mengikut peredaran semasa dan juga permintaan orang ramai. Melalui rekaan terkini dan moden, pasaran batik kian meningkat apabila wanita lebih cenderung memilih batik untuk fesyen kurung, kebaya, kurung moden dan terkini, gaun labuh atau jubah.
Saya berkesempatan melihat sendiri koleksi baju yang telah dihasilkan darida batik yang dihasilkan untuk koleksi dan untuk dijual terus kepada pelanggan yang meminatinya. pelanggan boleh terus mencuba baju yang sedia ada ini tanpa memerlukan masa yang lama untuk menempah dan sebagainya. Menurut En Wan, bagi pelanggan yang menempah batik lukis ini mereka boleh terus menempah dan terus dijahit untuk dipakai sebgai produk siap untuk pelanggan jadi mereka tidak perlu risau tentang masalah menjahit kerana kami menyediakan perkhidmatan ini terus kepada pelanggan yang datang sekiranya pelanggan mahu terus mendapatkan baju dengan mudah dan cepat mengikut masa yang telah ditetapkan.
Saya berkesempatan mencuba pakaian yang sudah siap untuk dijual dan potongan badan yang sangat selesa bila dipakai. kebanyakan kain yang digunakan adalah terdiri darpada setin, sutera jacket, sutera krip kilat dan habotai. Apa yang menarik lagi, warna ramason yang digunakan ditempah khas dari Jerman terutama warna biru dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian keindahan seni ini akan nampak lebih terserlah warnanya dengan menampakan lagi keindahan dan kecerahan warna dengan lebih menarik berbeza daripada warna-warna yang lain yang akan pudar dan lusuh bila dibasuh. Selain itu terdapat kaedah yang lebih baik untuk menghasilkan warna yang lebih baik tetapi menurut En Fendi bahawa itu adalah rahsia turun-temurun dan tidak boleh diberitahu kepada umum yang menjadi kunci rahsia kecantikan warna yang lebih menarik.
![]() |
Ini merupakan koleksi terbaru yang akan dipasarkan dan dipamerkan sebagai koleksi dan tempahan.
Selain itu juga terdapat satu lagi reka corak yang baru khas untuk pelanggan yang inginkan kelainan dalam bergaya untuk trend terbaru pada baju kemeja khas untuk lelaki dimana reka corak ini diterapkan pada bahagian-bahagian tertentu terutama pada kolar baju dan potongan lengan baju kemeja. Idea ini merupakan olahan bahan baju linen dan cotton untuk menampakan lagi seri pada reka corak baru yang bakal dihasilkan dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Berikut adalah panel yang dihasilkan untuk memudahkan pelanggan memilih jenis reka corak yang diminta untuk ditempah. Selain itu, terdapat lagi satu jenis produk baru yang akan dihasilkan dalam usaha memperkenalkan batik Kajang dikenali bukan hanya pada baju semata-mata bahkan dapat diperkenalkan melalui produk kraf tangan seperti wall panel dan sebagainya. Buat masa kini pihak kami sedang berusaha menyediakan satu produk kraf wall panel untuk hiasan pejabat ruang tamu dan sebagainya untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Itu sahaja buat masa ini, bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tempahan baju dan wall panel yang menarik dan cantik bolehlah berhubung dengan saya untuk mendapatkan info dan maklumat terkini untuk cara tempahan batik lukis dengan mudah dan cepat. Sekiranya ada yang terbaru, saya akan update terus ke dalam blog saya ini.
"Kepuasan Pelanggan Adalah Keutamaan Kami"
Sekian, Terima Kasih
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di talian:
HP: 019-2969825 atau anda boleh tinggalkan maklumat
anda untuk kami hubungi di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan