Melawat Bengkel Batik Lukis
Salam kawan-kawan.
Minggu lepas saya berkesempatan seketika melawat perusahaan yang menghasilkan batik lukis di Kajang Selangor. Seperti dimana sahaja bengkel yang memproses kain batik untuk pelanggan suasana yang agak sibuk dengan pekerja yang sibuk dengan mencanting batik dan saya hanya berkesempatan melihat dan menemubual sekejap En Wan sebelum pulang kerana hari dah lewat petang. Maklumlah lawatan mengejut sebab kebetulan lalu apa salahnya singgah melihat apa yang terbaru dihasilkan. Dukacita sangat sebab tidak bawa camera kebetulan pula betri telefom dah tinggal 5% sabarjelah.. alahaii...
Gambar di bawah ini merupakan proses ini memerlukan ketekunan dan kesabaran yang amat tinggi yerlah nak hasilkan 20 meter kain bukan senang sebab perlu tunggu kering.
Menarik corak yang dihasilkan, simple tapi garang dan cantik warnanya..
Ini sahaja buat waktu ni, kalau berminat boleh sahaja hubungi saya dan sila tinggalkan komen sekiranya anda berminat untuk menempah. sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan